20 Feb 2022

KOTA ABHA, SAUDI ARABIA


Pada tahun 2019, kerajaan Arab Saudi telah melancarkan projek pelancungan di Arab Saudi dan antara bandar yang bakal menjadi tarikkan pelancung ialah Abha.

Abha adalah sebuah bandar yang terletak di wilayag Asir yang terletak di bahagian Barat Laut Semenanjung Arab. Ianya berada di sempadan Yaman.

20 Jan 2022

12 KEISTIMEWAAN MASJID NABAWI

Masjid Nabawi adalah Masjid yang kedua dibina dalam Islam oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. sebaik sahaja berhijrah dari Mekah pada tahun ke tiga belas kerasulan Baginda s.a.w.

Pada awal penubuhan negara Islam di Madinah, Masjid Nabawi telah dijadikan sebagai pusat segala aktiviti umat Islam yang merangkumi perkara-perkara ibadah, pendidikkan, bermesyuarat, tempat rujukkan, pentadbiran, bermuamalah dan sebagainya.

23 Oct 2021

KELONGGARAN SOP DI MASJIDILHARAM & MASJID NABAWI BERMULA 17HB OKTOBER 2021

Umum telah mengetahui bahawa baru-baru ini kerajaan Arab Saudi telah melonggarkan SOP memasukki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berikutan kejayaan negara tersebut menangani penyebaran pendemik Covid-19.

21 Oct 2021

TIANG-TIANG BERSEJARAH DI DALAM MASJID NABAWI

Abdullah (bin Umar) r.a. menceritakan, bahawa masjid di masa Rasulullah saw. dibuat dari batu bata, atapnya dari pelepah tamar dan tiangnya dari pohon kurma. Abu Bakar tidak merubahnya sedikit jua pun. Kemudian Umar melebar dan mendirikannya seperti bangunan masjid di masa Rasulullah, dari batu bata dan pelepah kurma dan mengganti tiangnya dengan kayu. Setelah itu Usman merubah dan mengadakan banyak tambahan; dindingnya terbuat dari batu berukir dan kapur, tiangnya dari batu berukir dan atapnya dari kayu sahaja." (Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0257).

Pada asalnya, keluasan Masjid Nabawi sebelum pembesarannya adalah sekitar 850.5m persegi dan 2.9m tinggi.

22 Jul 2021

MUSIM HAJI 1441 HIJRAH

Sebelum ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa haji pada tahun ini akan ditangguhkan kerana penularan pendemik Covid-19 yang berleluasa diseluruh dunia.

Kerajaan Malaysia telah mengum,umkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang dibenarkan mengerjakan haji pada tahun ini.

26 Jun 2020

UMRAH MUSIM 1441 HIJRAH

Pendemik Covid-19 yang dikesan pada akhir tahun 2019 telah menyebabkan banyak negara mengalami masalah pembendungan penyakit daripada merebak di kalangan masyarakat.

Oleh kerana penawar atau vaksin masih tidak dapat dihasilkan, maka langkah pembendungan terbaik adalah dengan menghadkan hubungan sosial di kalangan masyarakat.

20 Mar 2020

LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK


Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah.
Allahumma solli ala Syaidina Muhammad, wa ala ali Syaidina Muhammad s.a.w.

Selamat datang dan terima kasih kepada rakan-rakan di luar sana yang sudi meluangkan masa untuk mengunjungi dan membaca coretan kami di dalam blog ini.