3 Jul 2023

CHECKLIST BARANGAN KEPERLUAN UMRAH UNTUK WANITA

 1. Telekung

Telekung adalah merupakan pakaian keperluan utama untuk wanita ketika mengerjakan umrah. Oleh itu, anda digalakkan untuk membawa dua telekung atau anak telekung untuk keselesaan anda beribadah kelak.

Sebaiknya, bawa telekung jenis yang ringan, tidak jarang dan kainnya tidak panas. Bawa telekung dengan corak/hiasan yang sedikit sahaja atau yang ‘plain’ sahaja. Pilih telekung berwarna hitam atau putih kerana warn aini sesuai dipakai sewaktu berada di sana kerana ianya adalah warna yang tidak keterlaluan.

2. Jubah

Selain telekung, jubah adalah salah satu barang keperluan utama yang perlu dibawa. Bawalah jubah yang mempunyai jenis kain tidak berat dan selesa untuk dipakai dan tidak perlu membawa banyak jubah sekitar 2 atau 3 helai sahaja sudah memadai.

Pilihlah warna jubah yang berwarna putih atau hitam. Apabila sampai di sana kelak, anda boleh beli sekiranya tidak mencukupi. Harga jubah yang ditawarkan di sana biasanya jauh lebih murah asalkan anda bijak dalam tawar-menawar.

3. Tudung Labuh

Di samping itu, jangan lupa juga beli 2 atau 3 tudung labuh berwarna hitam atau putih. Sebaiknya beli tudung masuk dan berdagu untuk memudahkan anda. Boleh pakai solat terus nanti. Namun, sekiranya anda ingin bawa selendang (shawl) atau tudung bawal pun boleh sahaja.

Sekiranya anda seorang yang cepat berpeluh, bawalah lebih sedikit yang memadai untuk dibuat persalinan. Bawa yang mudah dan selesa dipakai. Ini adalah demi keselesaan anda untuk beribadah sepanjang berada di sana kelak.

4. Anak Tudung

Bawalah anak tudung yang selesa untuk dipakai terutamanya apabila waktu panas. Anak tudung anda boleh bawa 3-5 helai untuk menjamin keselesaan sewaktu di sana.

5. Stokin

Bawa stokin 4-5 helai atau lebih untuk mengelakkan anda memakai stokin yang sudah berbau. Pastikan bawa stokin yang cukup tebal dan tinggi agar dapat menutup aurat sepenuhnya.

6. Sarung lengan (Handsock)

Bagi menjaga aurat sepenuhnya, anda diwajibkan untuk membawa sarung lengan atau dikenali sebagai ‘handsock’. Sebaiknya bawa sarung lengan berwarna putih atau hitam sebanyak 2-3 pasang.

7. T-Shirt Labuh & Seluar

Bawalah 2 pasang baju labuh serta seluar longgar untuk memudahkan anda beraktiviti seperti mendaki gunung atau sebagainya. Jangan lupa juga bawa baju dan seluar untuk dipakai khusus ketika tidur malam.

8. Pakaian Dalam

Pastikan anda membawa pakaian dalam secukupnya.

9. Kasut

Bawalah kasut yang sesuai untuk berjalan berulang-alik ke masjid dan tawaf/sa’ie untuk mengelakkan kaki anda sakit dan kurang selesa semasa beribadah dan juga beraktiviti.

10. Jaket dan Pakaian sejuk

Jaket, sweater atau selendang tebal sewaktu musim sejuk sekitar bulan Oktober (akhir bulan), November, Disember, Januari dan Febuari (awal bulan) sangat diperlukan bagi membantu jemaah menangani cuaca sejuk terutama sekali pada waktu malam. Sila dapatkan panduan kajian cuaca untuk mengetahui keadaan di sana kerana ianya sentiasa berubah pada saban tahun.

KEPERLUAN TAMBAHAN

1. Gunting

2. Pengepit Kuku

3. Berus Gigi & Ubat Gigi

4. Lip Balm

5. Losyen

6. Petroleum Gel

7. Minyak rambut & Sikat Rambut

8. Tasbih Digital

9. Botol Penyembur Wudhu

10. Ubat-uabatan seperti ubat sakit kepala, demam, selsema, sakit tekak dan batuk.

11. Sejadah kecil

12. Face Masks

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan beroleh Umrah Maqbulah.

Pejabat Urusan: Titim Travel Sdn Bhd Wangsa Melawat, Kuala Lumpur, No 4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Hotline: 03-41317776
Whatsapp: 013-4313040