12 Jul 2023

UMRAH DIY

Kebelakangan ini ramai yang bercadang untuk pergi mengerjakan umrah secara bersendirian tanpa menyertai mana-mana pakej atas alasan untuk menjimatkan kos atau tidak mahu tertipu dengan mana-mana scammer.

Sebelum anda membuat keputusan, diharapkan dapat mempertimbangkan beberapa faktor seperti berikut:-

  1. Bimbingan Mutawwif mengenai ibadah Umrah adalah mustahak bagi memastikan jemaah tidak tersalah membuat keputusan terutama sekali mengenai beberapa perkara seperti pantang larang dalam Ihram serta isu-isu berkaitan rukun serta wajib umrah yang sering menjadi permasalahan jemaah yang tidak terdedah dengan pengetahuan serta pengalaman.
  2. Tumpuan untuk menjalani ibadah sepanjang berada di Tanah Suci mestilah diberikan tumpuan atau keutamaan berbanding dengan urusan-urusan lain yang remeh-temeh seperti pengurusan hotel, makan-minum, pengangkutan, masalah penjagaan kesihatan, rawatan atau urusan hospital.
  3. Jemaah yang jarang menjejakkan kaki ke Tanah Haram akan menghadapi masalah sekiranya berlaku sebarang perubahan prosedur yang sering dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi.
  4. Bimbingan untuk jemaah wanita terutama sekali untuk memasukki Raudhah serta berkenaan permasalahan wanita perlu dirujuk kepada para asatizah yang mahir serta terlatih.
  5. Kos pakej umrah yang ditawarkan oleh sesetengan agensi umrah adalah lebih murah berbanding kos yang terpaksa dikeluarkan oleh Umrah DIY jika mengambil kira faktor-faktor seperti hotel dekat, makanan, pengangkutan sepanjang berada di Tanah Suci serta kos perubatan.
  6. Perkara yang paling mustahak sekali ialah isu mengenai keselamatan serta kebajikkan jemaah sewaktu berada di Tanah Suci kerana isu ini akan dijaga dengan baik oleh syarikat yang mempunyai kakitangan yang berpengalaman serta terlatih.
Didoakan semoga para tetamu Allah SWT akan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.