3 Jul 2023

CHECKLIST BARANGAN KEPERLUAN UMRAH UNTUK LELAKI

1. Pakaian Ihram

Pakain ihram adalah pakaian yang wajib dibawa oleh jemaah lelaki.

Ianya adalah terdiri daripada dua helai kain lepas yang diperbuat khas berwarna putih yang tidak dijahit atau dicantum.

Pakaian ini digunakan untuk menutup aurat antara pusat dan lutut serta sehelai lagi digunakan sebagai selendang yang menutupi sebahagian atas badan dari bahu sehingga ke pinggul.

Jemaah hanya perlu membawa 3 helai kain ihram di mana sehelai boleh dijadikan sebagai kain gantian pada bila-bila masa jika diperlukan.

2. Tali Pinggang Ihram

Kegunaan tali pinggang ihram adalah sangat penting terutamanya untuk memastikan kain ihram anda tidak terlepas di samping mengemaskan lagi ikatan kain.

Tali pinggang biasa juga boleh dibawa sekali sebagai ganti kepada tali pinggang ihram.

3. Jubah, Baju Melayu atau Kurta

Jemaah lelaku juga perlu membawa jubah, baju melayu atau kurta sekurang-kurangnya 2 helai untuk digunakan sebagai pakaian harian sewaktu pergi ke masjid untuk solat lima waktu atau Ketika keluar membuat lawatan ke tempat-tempat bersejarah.

Anda tak perlu bawa pakaian berlebihan kerana pakaian seperti jubah boleh beli di sana kelak dengan harga yang berpatutan. Sebaiknya bawalah pakaian yang tidak terlalu tebal dan mempunyai kain yang sedap dipakai serta tidak perlu digosok.

4. T-Shirt & Seluar

Jemaah lelaki digalakkan untuk membawa t-shirt dan seluar sekurang-kurangnya 2 pasang. Seluar boleh bawa samada seluar slack, seluar trek atau seluar jubah. Untuk t-shirt pula, seeloknya bawa t-shirt yang tidak terlalu tebal dan selesa.

Di samping itu, anda juga digalakkan untuk membawa baju pagoda sebanyak 2/3 helai. Jangan lupa juga bawa baju, seluar atau kain pelikat untuk digunakan khusus ketika tidur malam.

5. Kopiah

Kopiah hanya perlu bawa satu atau dua sahaja. Terdapat banyak songkok ataupun kopiah yang dijual dengan harga yang murah di sana jika kena cita-rasa.

6. Stokin

Bawa stokin 4-5 helai atau lebih untuk mengelakkan anda memakai stokin yang sudah berbau. Elakkan membawa stokin yang terlalu tebal kecuali apabila anda menunaikan umrah pada musim sejuk.

7. Pakaian dalam

Pastikan anda membawa pakaian dalam secukupnya.

8. Kasut dan Selipar

Bawa kasut yang sesuai untuk digunakan untuk pergi ke masjid dan sepanjang perjalanan. Pastikan bawa selipar ‘jepun’ yang sesuai untuk kegunaan sewaktu dalam ihram.

9. Jaket dan Pakaian sejuk

Jaket, sweater atau selendang tebal sewaktu musim sejuk sekitar bulan Oktober (akhir bulan), November, Disember, Januari dan Febuari (awal bulan) sangat diperlukan bagi membantu jemaah menangani cuaca sejuk terutama sekali pada waktu malam. Sila dapatkan panduan kajian cuaca untuk mengetahui keadaan di sana kerana ianya sentiasa berubah pada saban tahun.

KEPERLUAN TAMBAHAN

1. Gunting

2. Pengepit Kuku

3. Berus Gigi & Ubat Gigi

4. Lip Balm

5. Losyen

6. Petroleum Gel

7. Minyak rambut & Sikat Rambut

8. Tasbih Digital

9. Botol Penyembur Wudhu

10. Ubat-uabatan seperti ubat sakit kepala, demam, selsema, sakit tekak dan batuk

11. Sejadah kecil atau kain ridak

12. Face Masks

Selamat berangkat ke Tanah Suci dan semoga dipermudahkan perjalanan serta beroleh umrah maqbulah.

Pejabat Urusan: Titim Travel Sdn Bhd Wangsa Melawat, Kuala Lumpur, No 4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Hotline: 03-41317776
Whatsapp: 013-4313040