Titim Travel Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengendali dan pengelola rombongan umrah terbimbing dengan perjalanan yang telah disusun atur secara sistematik dan terjamin.
Kami adalah sebuah syarikat yang berlesen IATA serta lesen pelancongan inbound dan outbound BM:206 IATA:20311093.
Antara kelebihan pakej umrah yang ditawarkan oleh Titim Travel Sdn Bhd adalah:-
- Hotel Dekat: Kami ada menawarkan pakej hotel dekat untuk kemudahan jemaah berulang alik menunaikan ibadah sepanjang berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Hotel-hotel yang di sediakan di Mekah ialah Safwah atau Clock Tower. Sementara di Madinah adalah hotel Holiday Villa atau setaraf dengannya.
- Penerbangan Terus: Bagi memastikan keselesaan jemaah sewaktu melakukan perjalanan pergi dan pulang, pakej umrah Titim Travel telah dilengkapkan bersama penerbangan terus KUL-JED/ KUL-MED.
- Harga Kompetitif : Titim Travel sentiasa mengekalkan harga yang murah dan kompetitif di samping memastikan kualiti pakej dengan kedudukkan hotel dekat serta makan fullboard.
- Fullboard: Pengangkutan sewaktu berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah disediakan dengan kenderaan yang selesa sementara makan disediakan 3 kali sehari Asean Meals.
- Pilihan Tarikh: Para jemaah berpeluang untuk memilih tarikh yang dikehendakki memandangkan Titim Travel ada menyediakan tarikh penerbangan hampir setiap hari.
- Pelbagai Pakej: Titim Travel ada menyediakan pakej yang kompetitif, selesa dan terbimbing bersesuaian dengan kemampuan kewangan serta tarikh yang bersesuaian dengan jadual jemaah.
- Bimbingan Mutawwif: Bimbingan daripada para Mutawwif dan Mutawwifah akan disediakan mengikut keperluan jemaah. Ada terdapat pakej yang menyediakan khidmat 2 Mutawwif dan Mutawwifah dan ada juga yang menyediakan satu Mutawwif untuk membimbing jemaah. Kebiasaannya, pakej dua Mutawwif mempunyai keistimewaan yang lebih berbanding satu Mutawwif.
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan menegenai detail pakej di talian 03-41317776 atau Whatsapp 013-4313040.