LATIHAN DAN KERJAYA

Kerjaya dalam pengurusan serta apa sahaja yang berkaitan dengan umrah ini adalah salah satu bentuk bidang ibadah serta dakwah yang mengajak masyarakat kepada melakukan kebaikkan serta menjadi insan yang lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ianya merupakan bidang kerjaya yang memberikan pulangan dunia dan akhirat in shaa Allah.

Kerjaya berkenaan umrah ini adalah merupakan tanggungjawab serta amanah yang perlu laksanakan serta dijaga oleh setiap individu yang terlibat dalam bidang ini samada secara langsung atau tidak langsung.

Mengajak kepada melakukan kebaikkan, membimbing serta mengajarkannya adalah merupakan 'Fardhu Kifayah' yang mesti dilaksanakan oleh sebahagian daripada anggota masyarakat di sesuatu tempat.

Tanggungjawab ini perlu disambut oleh sesiapa sahaja yang ada keinginan untuk melaksanakannya dengan baik. Jika kita tidak memilih untuk mengambil peluang ini, pasti akan ada lagi orang lain yang bakal tampil mendahului kita dengan izin Allah.

Justeru, kami sangat berbesar hati menjemput sesiapa sahaja yang berminat menceburi bidang ini dan menjadi sebahagian daripada ahli pasukkan Titim Travel Sdn Bhd cawangan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Kami ada menyediakan program latihan serta peluang kerjaya samada sepenuh masa atau separuh masa kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburi bidang berkaitan pengurusan umrah.

Antara bidang kerjaya yang kami tawarkan adalah:-

  1. Pegawai pengurusan dan pendaftaran Umrah (sepenuh masa)
  2. Mutawwif dan Mutawwifah (separuh masa)
  3. Ejen Jualan pakej Umrah (separuh masa)
Kategori 1 dan 2 hanya terbuka mengikut keperluan semasa dan terhad buat masa yang tertentu sahaja. Bagi mereka yang berminat boleh hubungi talian khidmat pelanggan kami untuk bertanyakan jika ada sebarang kekosongan. Whatsapp kepada 013-4313040.

Kategori 3 iaitu perlantikkan Ejen Jualan Titim Travel Sdn Bhd cawangan Wangsa melawati Kuala Lumpur secara separuh masa akan sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat sementara ada kekosongan dizon-zon dan daerah tertentu di seluruh negara.

Sebarang pertanyaan untuk kekosongan jawatan Ejen Jualan boleh whatsapp 011-52993775.

Kami menyediakan latihan serta bimbingan kepada warga kerja Titim Travel Kuala Lumpur berbentuk perkongsian, serta bimbingan 'one to one' bagi mereka yang memerlukan.