PILIHAN HOTEL

Sememangnya perjalanan ke Tanah Suci Mekah dan Madinah adalah bertujuan untuk mengerjakan ibadah dan bukannya untuk pergi 'makan angin'.
Namun begitu, kami juga memahami kehendak jemaah yang sesetengahnya memerlukan keselesaan serta kemudahan tambahan bagi membolehkan mereka menjalani ibadah sepanjang berada di Tanah Suci dengan lebih baik serta sempurna.

Oleh yang demikian, Titim Travel Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menyediakan penginapan di hotel-hotel bertaraf empat atau lima bintang yang berhampiran dengan masjid.

Para jemaah boleh membuat pilihan hotel yang terdapat di Mekah dan harga pakej adalah bergantung kepada jarak serta kedudukkan hotel dari Masjidil Haram.

Anggaran jarak hotel ke pintu masuk Masjidil Haram, Mekah Al-Mukarramah adalah seperti berikut:-
1) Menara Safwa - 50 meter
2) Movenpick - 50 meter
3) Conrad - 75 meter
4) Al-Massa - 120 meter dari Masjidil Haram
5) Le Meridien - 150 meter

Anggaran jarak hotel ke pintu masuk pagar Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah adalah seperti berikut:-
1) Grand Elaff Majidee - 10 meter
2) New Ansar - 100 meter
3) ODST - 100 meter
4) Holiday Villa

Kesemua pakej-pakej kami adalah 'Fullboard' iaitu termasuk penyediaan makanan di hotel sebanyak tiga kali sehari.

Harga pakej-pakej Umrah yang tersedia akan mengambil kira faktor hotel dan juga penerbangan yang masih ada kekosongan sewaktu penempahan.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila whatsapp 011-52993775 atau 012-7223040.

Klik disini untuk ke lokasi Pejabat Titim Travel Cawangan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Alamat Pejabat Pengurusan Titim Travel Cawangan Wangsa Melawat, Kuala Lumpur: 4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur


-Titim Travel