20 Feb 2022

KOTA ABHA, SAUDI ARABIA


Pada tahun 2019, kerajaan Arab Saudi telah melancarkan projek pelancungan di Arab Saudi dan antara bandar yang bakal menjadi tarikkan pelancung ialah Abha.

Abha adalah sebuah bandar yang terletak di wilayag Asir yang terletak di bahagian Barat Laut Semenanjung Arab. Ianya berada di sempadan Yaman.

Bandar Abha adalah terletak di daerah pergunungan pada ketinggian 2,270 meter dari paras laut.

Oleh kerana ianya mengalami iklim sederhana, Abhar telah menjadi pusat tarikkan pelancong di kalangan penduduk Arab Saudi.

Pada tahun 2010, penduduk Abha telah difrekodkan seramai 781,206 orang.

Menurut sejarah, Abha telah dijadikan sebagai pusat pemerintahan Putera Asir Ibnu Ayde di bawah pemerintahan Empayar Ottoman sehinggalah pada tahun 1918 sebelum Putera kepada Asir menakluk kota berkenaan dan membebaskan diri dari penguasaan Empayar Ottoman.

Namun, pada tahun 1920, Asir telah ditakluk pula oleh suku kaum Nejd yang setia kepada Raja Saudi pada ketika itu. Kota tersebut kemudiannya telah disatukan dibawah pemerintahan Saudi Arabia.

Abha mempunyai banyak tempat-tempat menarik seperti benteng pertahanan tinggalan sejarah dan tempat-tempat tarikkan lain.

-> Klik disini untuk ke lokasi Pejabat Titim Travel Cawangan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Alamat Pejabat Pengurusan Titim Travel Cawangan Wangsa Melawat, Kuala Lumpur: 4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

-Haji Mustakim