20 Jan 2022

12 KEISTIMEWAAN MASJID NABAWI

Masjid Nabawi adalah Masjid yang kedua dibina dalam Islam oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. sebaik sahaja berhijrah dari Mekah pada tahun ke tiga belas kerasulan Baginda s.a.w.

Pada awal penubuhan negara Islam di Madinah, Masjid Nabawi telah dijadikan sebagai pusat segala aktiviti umat Islam yang merangkumi perkara-perkara ibadah, pendidikkan, bermesyuarat, tempat rujukkan, pentadbiran, bermuamalah dan sebagainya.

Semenjak mula dibina paza zaman Rasulullah s.a.w. sehingga kini, Masjid Nabawi telah melalui banyak fasa pembangunannya sehingga ke hari ini masjid Nabawi sudah mampu untuk menampung sehingga satu juta orang jemaah.

Antara keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di Masjid Nabawi adalah termasuk lokasi-lokasi yang merakamkan peristiwa-peristiwa bersejarah semasa Baginda Rasulullah s.a.w masih hidup.

Kelebihan-kelebihan tersebut adalah seperti berikut:-
  1. Solat di dalamnya akan memperolehi 1000 kali ganjaran: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali masjid al-Haram." (HR Riwayat Muslim)
  2. Terdapat tempat yang mustajab doanya iaitu di dalam Raudhah.
  3. Terdapat Makam Rasulullah s.a.w., Syaidina Abu Bakar r.a. dan Syaidina Umar r.a.
  4. Terdapat pintu bersejarah yang dikenali sebagai Pintu Jibril.
  5. Terdapat tiang bersejarah yang dikenali sebagai Tiang Sarir.
  6. Terdapat tiang bersejarah yang dikenali sebagai Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat).
  7. Terdapat tiang bersejarah yang dikenali sebagai Tiang Wufud (Delegasi).
  8. Terdapat tiang bersejarah yang dikenali sebagai Tiang Ali/ Pengawal.
  9. Teradapat tiang bersejarah yang dikenali sebagai Tiang Aisyah.
  10. Tiang Muhallaqah (Pohon Kurma).
  11. Terdapat Mehrab Nabi s.a.w.
  12. Tempat Ahli Suffah.
Semoga kita diberikan peluang untuk berkunjung ke Masjid Nabawi serta menziarahi makam Rasulullah s.a.w.

-> Klik disini untuk ke lokasi Pejabat Titim Travel Cawangan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Alamat Pejabat Pengurusan Titim Travel Cawangan Wangsa Melawat, Kuala Lumpur: 4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

-Umrah Titim-