23 Oct 2021

KELONGGARAN SOP DI MASJIDILHARAM & MASJID NABAWI BERMULA 17HB OKTOBER 2021

Umum telah mengetahui bahawa baru-baru ini kerajaan Arab Saudi telah melonggarkan SOP memasukki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berikutan kejayaan negara tersebut menangani penyebaran pendemik Covid-19.

Sehingga 17/10/21, kes positif Covid-19 telah mencatatkan cuma 41 kes sahaja sementara kes kematian hanya membabitkan 3 kes.
Sehubungan dengan itu, protokol penjarakkan di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi telah dihapuskan sepenuhnya. Tiada lagi penjarakkan sosial dan pemakaian topeng pelitup muka.
Bermula pada solat Subuh pagi Ahad 17/10/21, para jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah diarahkan untuk menyusun saf rapat seperti biasa.
Para pengunjung ke Masjid kini boleh menikmati semula suasana solat serta tawaf seperti biasa dengan ketiadaan sekatan untuk memasukki masjid dan menghadkan kuota kemasukkan jemaah Umrah.
Dengan pengisytiharan tersebut, jemaah umrah yang bakal memasukki kota Mekah dan Madinah kini boleh menarik nafas lega kerana mereka akan berkesempatan untuk melakukan yang terbaik sewaktu berada di sana kelak. In shaa Allah.
Perlu diingat bahawa dengan perkembangan yang berlaku ini, dunia sudah memasukki suatu lagi fasa iaitu fasa endemik dimana masyarakat perlu menerima hakikat bahawa kehidupan ini perlu diteruskan seperti biasa dengan kehadiran coronavirus Covid-19 berada di sekitar kita.
Oleh kerana sebahagian besar masyarakat sudah memperolehi vaksinasi Covid-19, maka keboleh tahanan badan menentang serangan virus akan lebih baik berbanding dengan sebelumnya.
Seandainya seseorang individu telah terdedah kepada virus, sistem imuniti dalam badan akan menentang serangan dan kesihatan individu ini akan kekal di tahap yang baik. In shaa Allah.
Namun, kemungkinan akan berlaku terhadap sesetengah individu yang terkena jangkitan akan mengalami masalah kesihatan yang serius walaupun sudah lengkap menerima 2 atau 3 dos vaksin.
Individu yang sebelumnya mempunyai masalah pernafasan serta penyakit-penyakit lain akan lebih terkesan berbanding indivudu-individu yang tidak mengalami sebarang penyakit.
Sehubungan dengan itu, untuk kita dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik, langkah berjaga-jaga perlu juga diambil agar kita tidak begitu terkesan seandainya terdedah dengan sebarang jangkitan
Tahap kesihatan serta keboleh tahanan badan menghadapi penyakit perlu ditingkatkan dengan iktiar lain seperti pengambilan suplimen kesihatan serta melakukan senaman yang secukupnnya.
Walau apapun terjadi, kita perlu menyedari bahawa sebagai hamba-Nya yang lemah kita perlu terus berdoa dan berharap agar kehidupan kita dapat berakhir dengan pengakhiran yang baik walau apapun akan berlaku. Lahaula wala Quwwata illa billah.
Marilah sama-sama berdoa agar Allah kurniakan kira rezki untuk mengunjungi Kota Suci Mekah dan Madinah serta dapat menziarahi kekasih Allah serta kekasih kita Nabi Muhammad saw dalam keadaan aman serta bebas daripada sebarang fitnah penyakit ataupun wabak.

-> Klik disini untuk ke lokasi Pejabat Titim Travel Cawangan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Alamat Pejabat Pengurusan Titim Travel Cawangan Wangsa Melawat, Kuala Lumpur: 4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

-Umrah Titim