22 Jul 2021

MUSIM HAJI 1441 HIJRAH

Sebelum ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa haji pada tahun ini akan ditangguhkan kerana penularan pendemik Covid-19 yang berleluasa diseluruh dunia.

Kerajaan Malaysia telah mengum,umkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang dibenarkan mengerjakan haji pada tahun ini.

Namun begitu, pihak Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa ibadah Haji pada tahun ini akan tetap diteruskan dengan syarat-syarat yang lebih ketat bagi mengelakkan penyebaran pendemik Covid-19.

Antara syarat yang telah ditetapkan ialah dengan menghadkan jumlah jemaah haji pada tahun ini kepada 1,000 orang sahaja.

Daripada jumlah ini, kesemua jemaah yang dibenarkan adalah terdiri daripada warganegara Arab Saudi dan warganegara luar yang bermestautin di Arab Saudi sahaja.

Namun begitu, kesemua bakal jemaah haji yang dibenarkan hanyalah mereka yang berumur di bawah 65 tahun dan dimestikan menjalani ujian serta kuarantin sebelum dan selepas selesai mengerjakan haji.

setakat hari ini, jumlah kes yang positif Covd-19 di Arab Saudi sudah mencecah kepada167,267 kes dengan kes kematian sebanyak 1,387 kes sementara sembuh adalah sebanyak 112,797 kes.

Kerajaan Malaysia walaubagaimanapun masih mengenakan polisi menutup sempadan negara ini yang melarang rakyat ke luar negara mahupun kemasukkan dari luar negara.

Semoga Allah s.w.t melindungi kita daripada sebarang wabak penyakit serta musibah.

-> Klik disini untuk ke lokasi Pejabat Titim Travel Cawangan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Alamat Pejabat Pengurusan Titim Travel Cawangan Wangsa Melawat, Kuala Lumpur: 4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur