26 Jun 2020

UMRAH MUSIM 1441 HIJRAH

Pendemik Covid-19 yang dikesan pada akhir tahun 2019 telah menyebabkan banyak negara mengalami masalah pembendungan penyakit daripada merebak di kalangan masyarakat.

Oleh kerana penawar atau vaksin masih tidak dapat dihasilkan, maka langkah pembendungan terbaik adalah dengan menghadkan hubungan sosial di kalangan masyarakat.
Atas sebab tersebut, negara Arab Saudi telah menghentikan dengan serta-merta sebarang penerbangan masuk dan keluar negara termasuk jemaah Umrah.
Malah jemaah Umrah yang berada di Mekah telah dihalang dari memasukki Masjid pada ketika itu.

Sementara jemaah Umrah yang baru bertolak dari Madinah menuju ke Mekah telah diarahkan untuk berpatah balik.

Semua pakej Umrah yang dijadualkan pergi bermula 27hb Februari 2020 terpaksa dihentikan dan kebenaran Visa untuk memasukki Arab Saudi telah dibatalkan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Ini adalah langkah drastik yang telah diambil oleh kerajaan Arab Saudi pada ketika itu.

Kerajaan Arab Saudi telah menjangkakan peningkatan kes positif Covid-19 akan berlaku dengan pantas sekiranya langkah menyekat kemasukkan serta pembendungan tidak dilaksanakan dengan segera.

Pada 2hb Mac 2020, kes pertama positif Covid-19 telah dikesan di Arab Saudi dan pada 8hb April 2020 seramai 150 orang ahli keluarga di Raja Saudi telah disahkan positif Covid-19. Seorang anak saudara kepada Raja Salman Abd Aziz telah dimasukkan ke dalam wad kecemasan Hospital Elit kerana komplikasi akibat koronavirus.

Namun pada tarikh 26/6/2020, kes positif di Arab Saudi telah menncecah sebanyak 170,639 kes dengan kematian sebanyak 1,428 kes.

Di beberapa buah bandar seperti Bandaraya Jeddah tempat-tempat awan seperti masjid dan pasaraya terpaksa ditutup semula setelah berlaku penularan wabak yang cepat.

Sehingga tarikh catatan ini dibuat, status pakej Umrah tetap terpaksa ditangguhkan kepada suatu masa sehingga pihak kerajaan Arab Saudi memperoleh kata putus daripada pihak-pihak yang WHO dan Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Pada awal tahun 2019 sehingga tahun 2020 iaitu musim Umrah 1441H bermula pada 27hb Februari 2020 kita telah menyaksikan kesemua ibadah umrah dan Haji untuk masyarakat di seluruh dunia telah dihentikan kecuali untuk mereka-mereka yang terpilih sahaja iaitu yang menetap di Arab Saudi.

Semoga Allah s.w.t. kurniakan jalan keluar dalam masa yang terdekat serta menjemput kita untuk ke Mekah dan Madinah lagi. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

-> Klik disini untuk ke lokasi Pejabat Titim Travel Cawangan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Alamat Pejabat Pengurusan Titim Travel Cawangan Wangsa Melawat, Kuala Lumpur: 4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

-Haji Mustakim