18 Jun 2023

MESYUARAT PENGURUS CAWANGAN TITIM TRAVEL SDN BHD 2023

Setiap langkah dimulakan dengan 'Bismillah' diselangi dengan 'Musyawwarah' agar beroleh 'Barokah' dengan pengakhirannya 'Al-Jannah' in shaa Allah. 

Justeru itu, kesemua pengurus cawangan Titim Travel Sdn Bhd termasuk kami di Titim Travel Wangsa Melawati Kuala Lumpur telah berkumpul pada 17hb Jun 2023 di The Mines Beach Resort bagi

membincangkan hala-tuju, mengorak langkat serta menyusun gerak kerja sebagai persiapan menyambut umrah musim baru tahun 1445H yang bakal menjelma.

In shaa Allah, musim baru umrah 1445H yang akan datang akan menjanjikan pakej yang lebih baik berbanding sebelumnya merangkumi beberapa faktor seperti:-

  • Menandatangani perjanjian dengan pihak Hotel Safwah dan Clock tower (Hotel dekat 50m dari Masjidil Haram)
  • Menandatangani perjanjian dengan syarikat Penerbangan Malaysia Airlines dan Airasia-X
  • Menandatangahi perjanjian dengan syarikat pengangkutan serta Muassasah di Arab Saudi
  • Memperkukuhkan khidmat katering oleh syarikat penyediaan makanan di Mekah dan Madinah
  • Menyediakan pelan tindakkan untuk khidmat perubatan bagi jemaah yang memerlukan
  • Penyusunan tugasan serta memperkasakan kemahiran dalam kalangan Mutawif dan Mutawifah yang bakal membimbing jemaah
  • Penyusunan serta perlaksanaan program kursus serta bimbingan Umrah untuk para bakal jemaah
Sementara itu, kami di pihak Titim Travel Cawangan Wangsa Melawati Kuala Lumpur akan juga melaksanakan beberapa inisiatif yang akan memberikan banyak manfaat dari segi khidmat bimbingan serta latihan buat para jemaah, ejen serta Mutawif yang ada bersama kami. In shaa Allah.

Semoga Allah SWT kurniakan kejayaan buat kita semua. Ammjin YRA.

Pejabat kami: Titim Travel Sdn Bhd, No 4-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Hotline: 03-41317776
Whatsapp: 013-4313040