19 May 2022

KOTA TAIF, SAUDI ARABIA

Kota Taif adalah salah satu tempat bersejarah yang terletak di wilayah Mekah sekitar 60km jaraknya dari Kota Mekah Al-Mukarramah.

Kedudukkan Taif adalah terletak di ketinggian 1,879 meter dari paras laut dan mendapat taburan hujan yang kerap.

Taif mempunyai musim sejuk sepanjang tahun dengan musim panas yang ringan iaitu sekitar 80-90 darjah Celcius.

Kota Taif mempunyai Sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang tersendiri.

Dakwah Nabi ke Taif

Pada tahun ke 10 kenabian, Rasulullah s.a.w. telah pergi berdakwah ke Taif. Peristiwa ini berlaku sekitar 3 tahun sebelum berhijrah ke Kota Madinah.

Setibanya Rasulullah s.a.w. ke Taif, Baginda telah bertemu dengan tiga orang pemuka Bani Thaqif iaitu suku Arab terbesar di Taif.

Salah seorang dari mereka tidak mahu campur tangan dengan urusan dakwah Nabi mUhammad s.a.w. Dia mengatakan, "Jika engkau pendusta, aku tidak mahu melayan pembohongan ini, tetapi jika kamu benar-benar Nabi, aku tidak mahu dilaknat."

Sementara dua orang pemuka lagi telah berhujjah dengan Nabi kerana dari awal lagi telah menolak dakwah Nabi dengan menghina serta memperbodohkan Nabi Muhammad s.a.w yang mulia ini.

Akhirnya mereka berdua mengambil keputusan untuk menghalau Nabi keluar dari Kota Taif.

Mereka telah memanggil kanak-kanak untuk melontarkan batu ke arah Nabi sehingga melukai kepala, badan serta kaki Nabi s.a.w. sehingga banyak darah yang mengalir keluar.

Ketika itu, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengangkat tangan dan berdoa.
"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azab Mu kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
Termakbulnya Doa Nabi

Pata tahun 8 Hijrah setelah berlaku pembebasan Kota Mekah, Rasulullah s.a.w telah kembali ke Taif dengan misi pengepungan dan menawan kota Taif rebntetan dari berlakunya peristiwa peperangan Hunain.

Walaubagaimanapun, misi tersebut gagal untuk memujuk penduduk Taif menyerah diri dan memeluk Islam, Akan tetapi pada tahun berikutnya, wakil Bani Thaqif telah bertemu Nabi Muhammad s.a.w dan 
merundingkan pemelukkan Islam keseluruhan penduduk Kota Taif.

-> Klik disini untuk ke lokasi Pejabat Titim Travel Cawangan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Alamat Pejabat Pengurusan Titim Travel Cawangan Wangsa Melawat, Kuala Lumpur: 4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

-Haji Mustakim-